Search


Dalam ucapan Melayu saya, saya bercakap meng...

  • Share this:


Dalam ucapan Melayu saya, saya bercakap mengenai keutamaan kita untuk menggalak rakyat Singapura untuk berkahwin dan memanfaatkan pakej Perkahwinan dan Keibubapaan yang terbaru sebagai insentif untuk mempunyai ramai anak. Saya juga menyatakan bahawa Pemerintah akan terus mengekalkan keseimbangan kaum dalam bilangan warga Singapura dan memberi keyakinan bahawa peratusan orang Melayu di sini akan kekal stabil. Pemerintah juga akan menjaga kepentingan warga Singapura dalam apa jua yang kita lakukan dan terus memberi keutamaan kepada warga Singapura, termasuk orang Melayu, dalam semua dasar kami. Dan kami juga akan terus menjaga mereka yang memerlukan. Masa depan kita bergantung kepada usaha padu kita untuk mengukuhkan semangat Singapura. Saya berharap masyarakat Melayu akan menyokong dasar-dasar kependudukan kita dan bekerjasama dengan Pemerintah untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Singapura. - LHL


Tags:

About author
not provided
On this page I talk about the things I’m doing and thinking about, but I would also like to hear from you, about what we can do together for Singapore.
View all posts